Assalamualaikum semua. Seperti yang kita sedia maklum spaghetti merupakan salah satu makanan yang sangat digemari kanak2. Namun tidak bagi orang dewasa kerana ia begitu muak. Kali pertama menikmatinya di Pizza Hutt..sejujurnya saya tidak begitu menggemarinya kerana ia tidak menepati cita rasa saya.
Namun demikian hidangan ini boleh jadi sangat menyelerakan jika kena dengan cara penyediaanya. Setelah mencubanya sendiri di rumah. Saya mula meminati Spaghetti yang begitu muak ini pada mulanya. Saya telah mengolahnya mengikut citarasa saya sendiri dan hasilnya sangat memuaskan. Mari kita lihat resepinya di bawah :
Bahan :
Spaghetti
Spaghetti secukupnya
Garam
Minyak
Cara Penyedian
1.Sediakan air di dalam kuali atau periuk mengikut kesesuaian spaghetti
2. Letakkan sedikit minyak
3. Letak spaghetti di dalam kuali atau periuk apabila air telah mendidih
Kuah Bolognaise
Sos spaghetti cendawan tradisional kimball (kimball lagi sedap berbanding prego)
Daging
1 biji Bawang holland
1 ulas bawang putih
Carrot
Capsicum
Batang seleri
Susu segar
Keju Parmesan
Meatball
Saya guna ready made (fusipisim)
Cara Penyedaan
1. Potong dadu bawang holland, carrot, dan capsicum.
2. Cincang daging
3.Tumis bawang holland, bawang putih carrot, capsicum, batang seleri dan daging yang dicincang sehingga keperangan.
4.Masukan sos spaghetti kimball
5. Masukkan susu segar. reneh sehingga agak pekat
6. Masukan garam gula dan perasa
7. Siap untuk dihidang
Letakkan kuah di atas spaghetti. Taburkan keju parmesan dan letakkan bebola daging sebagai topping.
Mudahkan...Selamat Mencuba!!!