Nuffnang Ads

Friday, 2 January 2015

Spaghetti Bolognaise Meatball yang mudah dan sedap

 

 Assalamualaikum semua. Seperti yang kita sedia maklum spaghetti merupakan salah satu makanan yang sangat digemari kanak2. Namun tidak bagi orang dewasa kerana ia begitu muak. Kali pertama menikmatinya di Pizza Hutt..sejujurnya saya tidak begitu menggemarinya kerana ia tidak menepati cita rasa saya.

Namun demikian hidangan ini boleh jadi sangat menyelerakan jika kena dengan cara penyediaanya. Setelah mencubanya sendiri di rumah. Saya mula meminati Spaghetti yang begitu muak ini pada mulanya. Saya telah mengolahnya mengikut citarasa saya sendiri dan hasilnya sangat memuaskan. Mari kita lihat resepinya di bawah :

Bahan :

Spaghetti
 
Spaghetti secukupnya
Garam
Minyak

Cara Penyedian

1.Sediakan air di dalam kuali atau periuk mengikut kesesuaian spaghetti
2. Letakkan sedikit minyak
3. Letak spaghetti di dalam kuali atau periuk apabila air telah mendidih

Kuah Bolognaise

Sos spaghetti cendawan tradisional kimball (kimball lagi sedap berbanding prego)
Daging
1 biji Bawang holland 
1 ulas bawang putih
Carrot 
Capsicum
Batang seleri 
Susu segar 
Keju Parmesan

Meatball
Saya guna ready made (fusipisim)

Cara Penyedaan
1. Potong dadu bawang holland, carrot, dan capsicum. 
2. Cincang daging
3.Tumis bawang  holland, bawang putih carrot, capsicum, batang seleri dan daging yang dicincang sehingga keperangan.
4.Masukan sos spaghetti kimball
5. Masukkan susu segar. reneh sehingga agak pekat
6. Masukan garam gula dan perasa
7. Siap untuk dihidang

Letakkan kuah di atas spaghetti. Taburkan keju parmesan dan letakkan bebola daging sebagai topping.

Mudahkan...Selamat Mencuba!!!


 



No comments :

Post a Comment