Nuffnang Ads

Sunday, 9 August 2015

Daging Masak Lemak Cili Api Resepi Negeri Sembilan


Gambar : Carian Google

Bahan :

Daging 1/2 Kg
Bawang besar 1 biji
Kunyit hidup 3 inci
Cili Api 15 tangkai 
Serai 3 batang
Ubi Kentang 3 biji
Santan 1/2 biji
Rebung (Optional)

Cara Penyediaan :

1. Kisar bawang besar, kunyit hidup dan cili api
2. bersihkan daging dan toskan.
3. Masukan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk.
4. Masukan daging, serai dan ubi kentang. Masak bahan yang dikisar bersama daging serai dan ubi kentang sehingga empuk.
5. Masukan santan dan siap untuk dihidang
.

Thursday, 8 January 2015

Cucur Udang Sayuran

Cucur udang yang sangat mudah untuk disediakan..sesuai di makan waktu pagi atau malam..Mari kita lihat resepinya dibawah..

Bahan2:

1 kg tepung
Sedikit hirisan kobis
Ikan bilis
Udang
Daun saderi/sup
1 biji bawang besar
1 biji telur
Garam

Cara Penyediaan:

1. Potong dadu bawang besar.
2. Masukan tepung ke dalam bekas.
3. Masukan hirisan kobis, ikan bilis, udang yang telah dibersihkan dan daun saderi.
4. Masukan garam dan perasa
5. Masukan telur, air dan kacau sehingga sebati
6. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng.

Sunday, 4 January 2015

Kerang Sambal Berlada Serai

Bahan:

Kerang 1/2 kilo
Bawang Besar 1 biji
Bawang putih 1 biji
4 tangkai lada kering
Sedikit belacan
1/2 inci halia
Sebatang serai

Cara Penyediaan :

1. Basuhkan kerang sehingga bersih dan putih airnya.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, serai halia belacan dan lada kering.
3. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak
4. Masukan kerang dan kacau sehingga sambal membaluti kerang
5. Masukan serai yang telah diketuk dan tambah gula dan perasa ke dalam sambal tadi
6. Kacau lagi sehingga kesemua bahan tadi agak sebati.
7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Goreng Pisang Cheese Lemak Berkrim

Menikmati goreng pisang cheese di waktu petang sungguh enak sekali. Menjadi fenomena di masa kini. Manis dan lazat sekali walau pun kandungan kalorinya agak tinggi.

Cara Penyediaan :

1. Goreng Pisang terlebih dahulu
2.Letakkan susu
3.Taburkan cheese di atasnya

Friday, 2 January 2015

Spaghetti Bolognaise Meatball yang mudah dan sedap

 

 Assalamualaikum semua. Seperti yang kita sedia maklum spaghetti merupakan salah satu makanan yang sangat digemari kanak2. Namun tidak bagi orang dewasa kerana ia begitu muak. Kali pertama menikmatinya di Pizza Hutt..sejujurnya saya tidak begitu menggemarinya kerana ia tidak menepati cita rasa saya.

Namun demikian hidangan ini boleh jadi sangat menyelerakan jika kena dengan cara penyediaanya. Setelah mencubanya sendiri di rumah. Saya mula meminati Spaghetti yang begitu muak ini pada mulanya. Saya telah mengolahnya mengikut citarasa saya sendiri dan hasilnya sangat memuaskan. Mari kita lihat resepinya di bawah :

Bahan :

Spaghetti
 
Spaghetti secukupnya
Garam
Minyak

Cara Penyedian

1.Sediakan air di dalam kuali atau periuk mengikut kesesuaian spaghetti
2. Letakkan sedikit minyak
3. Letak spaghetti di dalam kuali atau periuk apabila air telah mendidih

Kuah Bolognaise

Sos spaghetti cendawan tradisional kimball (kimball lagi sedap berbanding prego)
Daging
1 biji Bawang holland 
1 ulas bawang putih
Carrot 
Capsicum
Batang seleri 
Susu segar 
Keju Parmesan

Meatball
Saya guna ready made (fusipisim)

Cara Penyedaan
1. Potong dadu bawang holland, carrot, dan capsicum. 
2. Cincang daging
3.Tumis bawang  holland, bawang putih carrot, capsicum, batang seleri dan daging yang dicincang sehingga keperangan.
4.Masukan sos spaghetti kimball
5. Masukkan susu segar. reneh sehingga agak pekat
6. Masukan garam gula dan perasa
7. Siap untuk dihidang

Letakkan kuah di atas spaghetti. Taburkan keju parmesan dan letakkan bebola daging sebagai topping.

Mudahkan...Selamat Mencuba!!!