Nuffnang Ads

Sunday, 28 September 2014

Ayam Masak Lada Hitam Special

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua warga blog. Hari ni sy nak kongsi resepi ayam masak lada hitam yang spesial. Rasanya  macam ala ala rendang, sesuai dimakan dengan nasi putih atau nasi kunyit. Resepi ni adalah resepi keluarga yang selalu disediakan oleh mak saya. Resepi ni mempunyai kelainannya yang tersendiri berbanding dengan resepi ayam masak lada hitam yang biasa di sediakan.


Bahan2 :

1 ekor ayam
8 tangkai lada kering
4 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1@2 batang serai (diketuk)
sedikit air asam jawa
sedikit perasa(garam dan ajinomoto shj)

Cara Penyediaan :

Kisar bawang kecil, bawang putih, halia kunyit hidup dan lada kering. kemudian tumiskan kesemua bahan2 yang dikisar tadi ke dalam kuali.


Tumis sehingga bahan2 kisar tadi pecah minyak. Masukan serai yang telah diketuk. Setelah itu, bolehlah masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi. Biarkan ayam dan bahan yang ditumis tadi seketika.


Setelah ayam keihatan hampir masak, masukan air sehingga menenggelami ayam2 tersebut. Masukan juga perasa. Masaklah ayam tersebut sehingga kering dan mengeluarkan minyak. Sebelum siap dihidang masukan sedikit air perahan asam jawa. 




Inilah hasilnya. ayam masak lada hitam yang special. Selamat Mencuba...








1 comment :

  1. alahai....terlupa ltk l *lada hitam dlm bhn yg dikisar td..

    ReplyDelete