Nuffnang Ads

Sunday, 5 October 2014

Laksa Kuah Lemak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersempena dengan sambuatan aidil adha, saya ingin berkongsi resepi yang cukup popular di pantai timur iaitu laksa kuah lemak. Hidangan ni wajib disediakan apabila tiba musim perayaan. Berikut adalah cara2 menyediakan laksa kuah lemak.



Bahan2 Kuah :

Bawang merah 10 ulas
Ikan 1 kg (Selayang, Kembung )
Kelapa 1biji
Lada Hitam 2 sudu besar
Sedikit air perahan asam jawa
Sedikit perahan limau nipis (Mengikut kesesuaian rasa)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan2 Mee :

3 Bungkus Mee Lidi

Bahan2 Hiasan :

Timun
Kacang Panjang


Cara2 Penyediaan :

1. Rebus ikan. Simpan air ikan yang direbus untuk sediakan kuah. Setelah ikan sejuk asingkan isi dan tulang. Kemudian kisar bawang merah, lada hitam dan ikan yang diasingkan tulang tadi.

2. Kisar kelapa untuk mendapatkan santan. Kemudian satukan santan, air rebusan ikan dan bahan2 yang dikisar dalam (1) tadi.

3. Akhir sekali masukan perahan air asam jawa dan perahan air asam limau nipis. Kemudan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Selamat Mencuba !!



No comments :

Post a Comment